Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo Bayer Logo

BLOG HOWUKNOW

PIL PERANCANG SELEPAS BERSAMA: KEBERKESANAN DAN PERTIMBANGAN DI MALAYSIA

Disiarkan pada: April 30, 2024

Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan adalah suatu kebimbangan, terutamanya jika anda tidak merancang untuk hamil – kami faham, dan ianya merupakan sesuatu yang normal.

Anda mungkin sedang membuat pertimbangan tentang keperluan untuk makan pil perancang selepas bersama, atau pil Pelan B untuk mencegah sebarang potensi kehamilan. Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan untuk ke farmasi bagi mendapatkan pil ini, terdapat beberapa maklumat yang anda perlu tahu tentang pil selepas bersama ini.

How does morning after pill work?

 

1. Bagaimanakah Pil Cegah Hamil Selepas Bersama Ini Berfungsi?

Pil selepas bersama ini pada asasnya akan menghalang ovari daripada mengeluarkan telur (ovum), yang bermaksud sperma tidak akan mempunyai medium untuk disenyawakan. Kehamilan hanya boleh berlaku apabila telur matang yang dikeluarkan sebulan sekali, disenyawakan oleh sperma.

Pil pelan B, yang dikenali juga sebagai pil perancang kecemasan atau pil perancang selepas ini, mengandungi levonorgestrel, yang menghalang atau melambatkan ovulasi (apabila telur dikeluarkan).

Will the morning after pill end a pregnancy?

 

2. Adakah Pil Selepas Bersama Boleh Menamatkan Kehamilan?

Tidak. Pil perancang selepas hubungan seks ini hanyalah merupakan suatu kaedah pencegahan, dan ia tidak dapat menamatkan kehamilan atau sekiranya telur yang disenyawakan telah tertanam di dalam rahim. Ianya juga bukan merupakan ubat untuk pengguguran.

When should I start taking contraceptives for family planning

 

3. Apakah Kesan Makan Pil Perancang Selepas Bersetubuh Ini?

Setakat ini, tiada risiko jangka panjang yang direkodkan akibat pengambilan pil perancang selepas bersama ini. Tetapi, kesan jangka pendek mungkin termasuk loya, muntah dan kehadiran tompok darah di antara haid. Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan kelembutan atau nyeri payudara, sakit kepala, pening, dan keletihan.

When should you take the morning after pill?

 

4. Bilakah anda perlu mengambil Pil Selepas Bersama?

Pil perancang dimakan selepas bersama pasangan tanpa perlindungan, selewat-lewatnya di dalam tempoh 72 jam (3 hari). Jika pil ini diambil seperti saranan, ia akan mengurangkan potensi kehamilan sebanyak 75 hingga 89 peratus. Adalah lebih baik jika ia diambil lebih cepat selepas bersama. Namun, jika akan terlepas tempoh yang disarankan ini, pengeluar Pil Pelan B menyatakan bahawa anda boleh mengambilnya sehingga lima hari selepas
melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Sekiranya anda merupakan seorang ibu yang menyusukan anak, ambil perhatian bahawa anda perlu menyusukan bayi anda sebelum mengambil pil selepas bersama ini, dan elakkan penyusuan sekurang-kurangnya lapan jam selepas mengambil pil tersebut. Ini adalah kerana levonorgestrel mungkin memberi kesan ke dalam susu ibu.

How effective is the morning after pill at preventing pregnancy

 

5. Apakah Tahap Keberkesanan Pil Perancang Selepas Bersama Dalam Mencegah Kehamilan?

Pil perancang selepas bersama ini bukanlah suatu kaedah kawalan kehamilan untuk diambil dalam jangka masa panjang, dan hanya boleh digunakan sebagai kontraseptif kecemasan. Ianya juga dianggap sebagai suatu kaedah kontraseptif yang kurang dipercayai berbanding kaedah lain.

Lebih-lebih lagi, ianya terdapat kenyataan bahawa pil selepas bersama yang mengandungi levonorgestrel seperti pil Pelan B, tidak berkesan untuk mereka yang mempunyai berat 155 paun, atau 70 kilogram ke atas.

Walau bagaimanapun, ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan keberkesanan pil ini, termasuklah:

  • Rifampin (antibiotik)
  • Griseofulvin (antifungal)
  • Ubat-ubatan HIV tertentu
  • Ubat anti-sawan tertentu
  • St. John’s Wort (herba)


Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor untuk memahami dengan lebih lanjut sama ada ubat yang anda ambil akan menjejaskan keberkesanan pil perancang selepas bersama.

What to do after you take a Plan B morning after pill?

 

6. Apakah yang Perlu Dilakukan Setelah Mengambil Pil Selepas Bersama?

Sama seperti pil perancang biasa, pil selepas bersama mungkin boleh melambatkan haid anda sehingga satu minggu. Akan tetapi, jika anda tidak datang haid dalam tempoh tiga atau empat minggu, anda perlu mengambil ujian kehamilan.

Jika anda mengalami kekejangan teruk di bahagian bawah abdomen anda dalam tiga hingga lima minggu selepas mengambil pil tersebut, dapatkan konsultasi doktor kerana ini mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan luar rahim.

What’s the price of the morning after pill price in Malaysia?

 

7. Berapakah Harga Pil Perancang Selepas Bersama di Malaysia?

Pil ini dikawal oleh undang-undang di Malaysia, yang bermaksud anda hanya boleh mendapatkannya di kaunter farmasi atau daripada pengamal perubatan yang berdaftar. Ia biasanya dijual dengan dua tablet setiap papan, dengan harga antara RM5 hingga RM20.

Ingat, mengambil pil perancang selepas bersama adalah normal dan perlu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kehamilan yang tidak dirancang, jadi jangan takut untuk mendapatkannya. Ia boleh diambil apabila anda benar-benar perlu, tetapi kami menasihatkan anda untuk mengambil kontraseptif mencegah kehamilan jangka panjang, terutamanya jika anda aktif secara seksual.

 

Dapatkan Nasihat Pakar Sakit Puan Anda

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan perubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor sebelum anda meneruskan pengambilan pil perancang selepas bersama. Dengan itu, kami berharap maklumat yang dikongsikan mengenai pil ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Semoga bermanfaat!

Lawati Howuknow untuk info dan penerangan lanjut mengenai pil perancang selepas bersama serta kaedah perancang keluarga yang lain.

Rujukan

1. https://www.plannedparenthood.org/learn/morning-after-pill-emergency-contraception/whats-plan-b-morning-after-pill